سبحان الله
sungguh indahnya ciptaan-Mu ya Allah yang tiada tandingannya...
Rabu, 4 Julai 2012
Sabtu, 6 Ogos 2011
CONTOH SOALAN
SOALAN AKHLAK
ايسيكن تمفت كوسوغ مغضوناكن فركاتأن يغ دبري
| رزقي |
| كانن |
| ضلوجوه |
| دودوق |
| دعاء |
| مغهينا |
| برخاكف |
| تردكت |
| كمس |
| دحرمتي |
١. كيت مستي سنتياس برفاكاين برسيه دان _________.
٢. كيت تيدق بوليه ____________ مكانن يغ كيت فراوليهي.
٣. ممباخ ________ سبلوم ماكن.
٤.مستيله __________ دغن سوفن.
٥. اورغ يغ لبيه توا مستيله ___________.
٦. مستي مغامبيل مكانن يغ __________ دهولو.
٧. جاغن ___________ كتيك ماكن دان مينوم.
٨. كيت مستي ماكن دغن مغضونكن تاغن ________.
٩. جاغن __________ فركارا يغ تيدق ايلوق.
١٠ سنتياس برشكور دغن _________ يغ الله كورنياكن.
Jumaat, 22 Julai 2011
FEQAH
SYARAT-SYARAT SOLAT
· Syarat dalam sembahyang terbahagi kepada dua iaitu syarat taklif atau dikenali sebagai syarat wajib dan syarat sah atau tunai.SYARAT WAJIB SOLAT· Syarat wajib ialah sesuatu yang bergantung kepadanya ketentuan wajib atau tidaknya sembahyang ke atas seseorang.· Syarat-syarat wajib dalam sembahyang adalah seperti berikut:1. Beragama Islam.2. Baligh.3. Berakal.4. Suci daripada haidh dan nifas.5. Selamat salah satu anggota deria sama ada pendengaran atau penglihatan. Sembahyang tidak wajib ke atas orang yang dilahirkan buta dan pekak.6. Sampai seruan agama Islam. Sembahyang tidak wajib kepada mereka yang tinggal terpencil dan tidak pernah berjumpa dengan pendakwah Islam.
SYARAT SAH SOLAT· Syarat sah sembahyang adalah syarat yang menentukan kesahihan sesuatu sembahyang atau dengan kata lain kesahihan sesuatu sembahyang bergantung kepadanya.· Syarat-syarat sah sebahyang adalah seperti berikut:1. Suci daripada hadath kecil dan besar.2. Suci tempat, pakaian dan tubuh badan daripada sebarang najis yang tidak dimaafkan.3. Mengetahui tentang masuknya waktu sembahyang sama ada dengan yakin atau jangkaan melalui ijtihad atau bertaqlid kepada orang yang tahu mengenainya.4. Menutup aurat.5. Menghadap ke arah qiblat (Ka‘bah)
SIRAH
SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W.
Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu ...
(Al Ahzab:21)
Muhammad itu adalah utusan ALLAH dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap kafir tetapi berkasih sayang sesama mereka ...
(Al-Fath:29)
Nabi Muhammad s.a.w. telah dilahirkan pada 12 Rabiul Awal, bersamaan dengan 20 April 571 Masihi. Ayahanda baginda Abdullah bin Abdul Muttalib telah wafat sewaktu Nabi masih berada dalam rahim ibunya. Kemudian tibalah masa si ibu, Aminah binti Wahab melahirkan anaknya. Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan sempurna tanpa cacat .Ibu Nabi telah menyusukan baginda selama tiga hari. Kemudian baginda telah disusukan oleh Tsuwaibah dan akhirnya diletakkan di bawah jagaan Halimatun Saadiah. Halimatun Saadiah telah membawa Nabi ke rumahnya di luar kota Makkah. Nabi telah tinggal bersama ibu susuannya itu selama empat tahun sebelum dikembalikan kepada ibu baginda di bawah jagaan datuk baginda, Abdul Muttalib.
Ketika Nabi baru mencecah umur tahun, Aminah telah meninggal dunia dalam perjalanan pulang dari makam suaminya, Abdullah.Tinggallah Nabi sebagai anak yatim piatu. Baginda telah dipelihara oleh datuknya, Abdul Muttalib yang amat mengasihinya. Namun dua tahun kemudian, datuknya pula meninggal dunia. Nabi Muhammad s.a.w. dijaga pula oleh ayah saudara yang juga sangat mengasihinya, iaitu Abu Talib bin Abdul Muttalib.
Walaupun miskin, namun sebagai seorang remaja Nabi Muhammad s.a.w. tetap berikhtiar membantu ayah saudaranya dengan mengambil mengembala kambing. Upah dari kerjanya itu digunakan baginda untuk menolong Abu Talib menyara hidup mereka sehari-hari.
![]() |
Ketika berusia 12 tahun, Abu Talib telah membawa Nabi Muhammad s.a.w. ke Negeri Syam (Palestin) untuk berdagang. Dalam perjalanan ke sana seorang pendeta Nasrani telah memerhatikan Nabi lalu berpesan kepada Abu Talib supaya menjaga anak saudaranya itu dengan baik kerana ia bakal menjadi seorang Nabi.
Nabi Muhammad s.a.w. telah berkahwin dengan Siti Khadijah binti Khuwailid ketika berumur 25 tahun. Siti Khadijah merupakan seorang wanita kaya dan mulia pada zamannya. Ketika berkahwin, usia Siti Khadijah adalah 40 tahun. Sebelum berkahwin, Nabi bekerja dengan membawa barang dagangan Siti Khadijah ke Syam untuk beroleh keuntungan.
Mencecah usia 40 tahun, Nabi Muhammad s.a.w. telah diangkat menjadi Rasul ALLAH di mana tanggungjawab menyampaikan perintah-perintah ALLAH kepada manusia telah diletakkan di atas bahu baginda.
![]() |
| Gua Hira' - tempat di mana Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu pertama dari ALLAH melalui Jibril a.s. sekaligus diangkat menjadi Rasul. Kini ia menjadi tumpuan umat Islam terutama yang mengerjakan haji dan umrah. |
Sejak itu, Nabi Muhammad s.a.w. giat mengajak manusia agar memeluk agama Islam. Perkembangan agama Islam dan pertambahan pengikut Nabi menyebabkan musuh-musuh Islam berasa terancam. Mereka merancang untuk menghapuskan Nabi bagi menghalang agama Islam dari terus berkembang. Mereka telah menyiksa pengikut-pengikut Nabi, memujuk Nabi, mengancam Nabi dan pelbagai bentuk tentangan lagi.
Walau apa pun bentuk ancaman dan tentangan yang diterima, Nabi Muhammad s.a.w. dan umat Islam tetap tabah menghadapi ujian ALLAH. Walau bagaimanapun, ketika tentangan menjadi terlalu hebat, Nabi Muhammad s.a.w. telah menyuruh pengikutnya berhijrah ke Habsyah (Ethiopia). Di sana, rajanya seorang yang baik dan dengan senang hati memberi perlindungan kepada umat Islam.
Di tengah-tengah kemelut tentangan pihak kafir, Nabi Muhammad s.a.w. ditimpa satu lagi ujian yang sangat berat, iaitu bapa saudaranya Abu Thalib dan isteri baginda Siti Khadijah. Kedua-dua mereka ini adalah yang paling banyak menolong dan melindungi Nabi sepanjang baginda menjalankan tugas dakwah baginda. Dengan kewafatan baginda, Nabi Muhammad s.a.w. berasa amat sedih. Sewaktu sedang bersedih itulah Nabi dibawa oleh Malaikat Jibril ke langit untuk melihat kekuasaan ALLAH s.w.t. Peristiwa agung ini dinamakan Israk Mikraj.
![]() |
| Israk bererti perjalanan Rasulullah s.a.w. dari Masjidil Haram, Makkah ke Masjidil Aqsa, Palestin (gambar). Mikraj pula bermaksud perjalanan Rasulullah s.a.w. dari Masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha. Pada masa kini, kaum Yahudi sedang berusaha memusnahkan tempat suci ini, sambil umat Islam serata dunia termasuk di Malaysia hanya membiarkan tanpa peduli dengan terus menyokong produk-produk mereka atas kepentingan sendiri. |
Ancaman terhadap Nabi Muhammad s.a.w. semakin melampau selepas kewafatan Abu Thalib sehingga tibul rancangan untuk membunuh baginda. Dengan itu ALLAH telah memerintahkan Nabi berhijrah ke Madinah. Perjalanan Hijrah Rasulullah s.a.w. ini terjadi pada 12 Rabiul Awal, tahun ke-13 kerasulan baginda. Hari bersejarah ini jatuh pada 28 Jun 622 Masihi. Ketika ini baginda berusia 53 tahun.
Di Madinah, Islam diterima baik dan agama ALLAH ini telah berkembang dengan pesat sekali. Dengan kegigihan Rasulullah s.a.w. maka terbentuklah sebuah masyarakat Islam dan sebuah negara Islam di sana. Rasulullah s.a.w. telah menubuhkan sebuah angkatan tentera yang kuat sebagai perlindungan dari ancaman musuh. Dengan izin ALLAH penduduk Madinah berperang dengan musuh-musuh Islam yang zalim.
Islah telah berkembang dengan pesat ke serata tempat atas dakwah Nabi yang rapi dan tanpa gangguan. Perubahan besar berlaku di bumi dan orang-orang Islam mula disegani dan dihormati.
Rasulullah s.a.w. wafat pada usia 63 tahun. Baginda telah berusaha menyebar dan menegakkan syiar Islam selama 23 tahun, iaitu tiga belas tahun di Makkah dan sepuluh tahun di Madinah. Dakwah baginda di Makkah tidak begitu diterima dan tidak dapat berkembang dengan luas berbanding di Madinah.
Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w., sahabat-sahabat baginda telah meneruskan legasi baginda menyebarkan Islam ke serata dunia, salah satunya ke rantau Tanah Melayu ini.
Sabtu, 28 Mei 2011
TAUHID
mencari keredhaan Allah
Gambaran Hari Kiamat
Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
waallahua'lam...
Langgan:
Ulasan (Atom)


